Tuesday 17 May 2011

SAMBAL HITAM



Sejarah bermula lagi , Bonda dikenalkan dengan Sambal Hitam oleh rakan sekali makan . Wow...! sedapnya
Bermula makan sendiri, rasa sedap. Kemudian aku berkursus selama 4 minggu di IPTAA. Rakan-rakan aku berkursus dari seluruh Pahang , Terengganu dan Kelantan. 


Mereka bertanya apa yang terkenal di Lipis, Bonda tahu Sambal Hitam. Bonda pun mencarilah dari kawan Bonda dan bawa 6 bekas minggu pertama kemudian menjadi 26 bekas pada minggu berikutnya. Pada minggu terakhir 46 bekas pula yang ditempah oleh rakan-rakan untuk dijadikan buah tangan bila berjumpa keluarga yang dirindui.


Bermula dari situlah Bonda bersemangat untuk mencuba sendiri... hari ini cuti Hari Vesak . Memang baik peluang ini Bonda gunakan untuk buat sambal Hitam.Bonda ke pasar Lipis dekat stesen bas. Cari ikan bilis,1/ 2 kilogram, beli cili api RM1.00 dan Belimbing yang telah direbus selama beberapa jam untuk menjadikannya Belimbing kering dan hitam. Jika dibuat sendiri belimbing tu tentu lama baru boleh makan.Bonda beli RM4.00.


Bonda memang tidak tahu nak buat, cuba korek daripada makcik yang jual belimbing tadi, pertama jumpa makcik Bonda dilayan tak layan je tetapi selepas makcik pertama buat dak je na macam kedekut ilmu je, bonda round pasar laginampak sorang makcikni macam baik je. Bonda pun tanya dia dengan senang hati layan je Bonda. 




Jom kita buat ya. Ni Anak bonda yang comel ni baru 7 tahun yang berminat untuk buat namanya Nurul Auni Fitreesya baru tahun 1. Semua dia nak buat.



 SAMBAL HITAM

BAHANNYA ;
                                 

 CARA BUAT

TUMBUK
cili
bawang besar
belimbing rebus
HINGGA
LUMAT
TUMIS
panaskan minyak kelapa 
dalam kuali
tumis
bahan ditumbuk hingga naik bau
 dengan api perlahan
masak hingga betul-betul hitam

siap untuk dimakan

3 comments:

  1. kalau dtg ke klang belikan mama 1kotak sambal hitam tu ya...mama nak try camne rasanya..jgn lupa ek...

    ReplyDelete
  2. mama...sambal hitam tu bukan lagi dibeli tapi diproses dan dah dibuat sendiri oleh anak bie yang ke tujuh. Nanti kalau jumpa bie akan buatkan untuk mama aini. K Insyallah.

    ReplyDelete
  3. Sahabat lama di Lipis...wlpun 1 thn begitu byk kenanngan di sini...terutama sambal hitam

    ReplyDelete