Sunday 5 November 2017

kecewa

Kenapa aku mesti kecewa lagi sedangkan aku dah tahu, aku tidak boleh menaruh harapan lagi pada dia , walaupun dia adalah orang yang akucintai. Biarpun dulu dialah orang pernah bertahta di hati aku tapi kini aku kena akur bahawa diriku bukanlah orang pertama yang dia cintai kini...dia sedang jatuh cinta, mencintai janda, gadis, remaja purba dan entah siapa lagi yang dia akan jatuh cinta. Kini hanya aku yang tahu bahawa cintanya tidak boleh diharap lagi...dan sudah tidak pernah setia pada aku, telah mencurangi kepercayaan aku. Hati dan perasaan aku telah diguris dan dirobek-robek . Cuma darahnya sahaja yang tidak terpancut keluar. Aku sepatutnya mengubat hatiku... dengan kehadiran anak-anak yang ramai sebagai pengubat duka. Syukurlah aku punya ramai anak. Kukira anak akulah tempat aku mengadu dan bermanja kini. Aku tidak kuasa lagi untuk memikirkan tentang kedukaan hatiku lagi. Biarkan di sini kukutip sisa-sisa kehidupan ku kini untuk meneruskan kehidupanku, rumahku, sekolahku dan anak-anakku serta anak-anak didikku yang kusayangi. Dulupun aku dikecewakan, kini aku tidak mahu dikecewakan lagi. Aku telah bersedia untuk hidup tanpa kasihnya, tanpa kasih sayangnya, biarpun dia menghukum aku tidak mahu melepaskan aku, tapi apalah ertinya perhubungan ini. Kehadirannya memang sudah tidak dinanti tetapi kehilangannya semacam dinanti. Biarpun Bila kalian baca apa yangku alami ini . Kalian akan mengutuk aku namun kalian tidak tahu apa yang telah aku lalui. Kalian tidak tahu pahit dan peritnya kehidupan yang aku lalui. Tiada apa lagi yang boleh kuharapkan.. Kini telah berlalu... Thn 2017 ... sepjg 6 thn ni aku hilang segalanya... hilang minat ..hilang blog ni... semuanya ku pendamkan... hari ini aku bangun dr kehancuran hati meskipn kalian lihat aku sihat dan gembira tp jauh di sudut hatiku aku sudah lama mati.. kini aku hidup utk meneruskan sisa2 kehidupan yg cuma tinggal sedikit cuma... Aku rest dulu... lpsni aku sambung lg.. rindunya aku dgn blog ini...