Sunday 5 November 2017

kecewa

Kenapa aku mesti kecewa lagi sedangkan aku dah tahu, aku tidak boleh menaruh harapan lagi pada dia , walaupun dia adalah orang yang akucintai. Biarpun dulu dialah orang pernah bertahta di hati aku tapi kini aku kena akur bahawa diriku bukanlah orang pertama yang dia cintai kini...dia sedang jatuh cinta, mencintai janda, gadis, remaja purba dan entah siapa lagi yang dia akan jatuh cinta. Kini hanya aku yang tahu bahawa cintanya tidak boleh diharap lagi...dan sudah tidak pernah setia pada aku, telah mencurangi kepercayaan aku. Hati dan perasaan aku telah diguris dan dirobek-robek . Cuma darahnya sahaja yang tidak terpancut keluar. Aku sepatutnya mengubat hatiku... dengan kehadiran anak-anak yang ramai sebagai pengubat duka. Syukurlah aku punya ramai anak. Kukira anak akulah tempat aku mengadu dan bermanja kini. Aku tidak kuasa lagi untuk memikirkan tentang kedukaan hatiku lagi. Biarkan di sini kukutip sisa-sisa kehidupan ku kini untuk meneruskan kehidupanku, rumahku, sekolahku dan anak-anakku serta anak-anak didikku yang kusayangi. Dulupun aku dikecewakan, kini aku tidak mahu dikecewakan lagi. Aku telah bersedia untuk hidup tanpa kasihnya, tanpa kasih sayangnya, biarpun dia menghukum aku tidak mahu melepaskan aku, tapi apalah ertinya perhubungan ini. Kehadirannya memang sudah tidak dinanti tetapi kehilangannya semacam dinanti. Biarpun Bila kalian baca apa yangku alami ini . Kalian akan mengutuk aku namun kalian tidak tahu apa yang telah aku lalui. Kalian tidak tahu pahit dan peritnya kehidupan yang aku lalui. Tiada apa lagi yang boleh kuharapkan.. Kini telah berlalu... Thn 2017 ... sepjg 6 thn ni aku hilang segalanya... hilang minat ..hilang blog ni... semuanya ku pendamkan... hari ini aku bangun dr kehancuran hati meskipn kalian lihat aku sihat dan gembira tp jauh di sudut hatiku aku sudah lama mati.. kini aku hidup utk meneruskan sisa2 kehidupan yg cuma tinggal sedikit cuma... Aku rest dulu... lpsni aku sambung lg.. rindunya aku dgn blog ini...

Wednesday 18 May 2011

BAU... APA NIE.... OP...SYE.!

Selalunya kita paling susah nak tegur orang yang ada bau badan yang kuat.Ini memang masalah. Bondabie nak kongsi sama dengan rakan-rakan n nak kongsi dengan sesiapa sahaja... rasanya kita tak payah malu nak cakap pasal bau badan nie. Cuba fikir...kalau kita cakap dengan orang lain tentang bau badan kawan kita nie boleh selesai ke masalah. Bukan baik jadinya, orang lain akan cakap dengan orang lain juga , masalah tidak selesai jugak. Memang perit nak cakap terus atau nak cakap telus dengan orang. Kita ada macam-macam cara, sama ada bagi hadiah secara sembunyi ( maksudnya bungkuslah pewanggi atau semburan contohnya,rexona ke...) letaklah atas meja kawan ke.... ATAU kalau berani ke cakap terus ke, tanya ke... guna pewanggi apa ya... rasanya kena cari yang lainla, mungkin pewanggi ni tidak sesuai dengan awak. Jika berlainan jantina kena lain juga cara menegur...
Sebagai guru, bonda tidak ada masalah untuk bercakap terus dengan anak-anak didik bonda. mereka tidak marah dengan bonda...mereka anggap teguran bonda macam teguran mama mereka.
Kasihan orang yang bermasalah... kadang-kadang orang yang berbau badanni tak tahu bau badan mereka kuat dan mengganggu orang lain. Sebagai suri rumah kadang-kadang terlupa nak beri keutamaan kepada diri, bonda harap dalam ruangan ini boleh kita kongsi dan bersama mencari idea untuk membaiki keadaan supaya semua orang selesa dan tidak ada yang kecil hati. Kita pun kadang-kadang kena tanya kawan kita, kuat ke bau badan kita. Atau tanya anak-anak atau tanya suami atau isteri kita.Jika ada idea boleh kita bincang sama...

Tuesday 17 May 2011

SAMBAL HITAM



Sejarah bermula lagi , Bonda dikenalkan dengan Sambal Hitam oleh rakan sekali makan . Wow...! sedapnya
Bermula makan sendiri, rasa sedap. Kemudian aku berkursus selama 4 minggu di IPTAA. Rakan-rakan aku berkursus dari seluruh Pahang , Terengganu dan Kelantan. 


Mereka bertanya apa yang terkenal di Lipis, Bonda tahu Sambal Hitam. Bonda pun mencarilah dari kawan Bonda dan bawa 6 bekas minggu pertama kemudian menjadi 26 bekas pada minggu berikutnya. Pada minggu terakhir 46 bekas pula yang ditempah oleh rakan-rakan untuk dijadikan buah tangan bila berjumpa keluarga yang dirindui.


Bermula dari situlah Bonda bersemangat untuk mencuba sendiri... hari ini cuti Hari Vesak . Memang baik peluang ini Bonda gunakan untuk buat sambal Hitam.Bonda ke pasar Lipis dekat stesen bas. Cari ikan bilis,1/ 2 kilogram, beli cili api RM1.00 dan Belimbing yang telah direbus selama beberapa jam untuk menjadikannya Belimbing kering dan hitam. Jika dibuat sendiri belimbing tu tentu lama baru boleh makan.Bonda beli RM4.00.


Bonda memang tidak tahu nak buat, cuba korek daripada makcik yang jual belimbing tadi, pertama jumpa makcik Bonda dilayan tak layan je tetapi selepas makcik pertama buat dak je na macam kedekut ilmu je, bonda round pasar laginampak sorang makcikni macam baik je. Bonda pun tanya dia dengan senang hati layan je Bonda. 




Jom kita buat ya. Ni Anak bonda yang comel ni baru 7 tahun yang berminat untuk buat namanya Nurul Auni Fitreesya baru tahun 1. Semua dia nak buat.



 SAMBAL HITAM

BAHANNYA ;
                                 

 CARA BUAT

TUMBUK
cili
bawang besar
belimbing rebus
HINGGA
LUMAT
TUMIS
panaskan minyak kelapa 
dalam kuali
tumis
bahan ditumbuk hingga naik bau
 dengan api perlahan
masak hingga betul-betul hitam

siap untuk dimakan

Monday 16 May 2011

HARI INI

Biasanya hari ini akan menjadi sejarah bila berlaku suatu peristiwa yang tidak pernah berlaku dalam kehidupan kita. Perkara ini tidak akan menjadi sejarah jika berlaku berulang kali.... namun hari GURU akan datang setiap tahun tetap pada tarikhnya 16 MEI. Tarikh 16 MEI 2011 telah menjadi  sejarah dalam kehidupan aku sebagai warga pendidik....walau baju yang kupakai cantik , menarik dan bau kedai namun kesedihan tetap berlaku....namun guru.... apa-apapun ini adalah sejarah dunia pendidikanku. Hari ini adalah... rencah kehidupan seorang guru. Guru tidak pernah luntur, tidak pernah pudar dek panahan cahaya, tidak akan hilang dek tsunami yang melanda. semangat juang GURU perlu diteruskan walau apa sekalipun berlaku... moga Tuhan memberi kekuatan buat Warga Guru meneruskan...WADAH pendidikan untuk menghasilkan Insan terpuji meskipun hati terluka DI HARI GURU....