Selalunya kita paling susah nak tegur orang yang ada bau badan yang kuat.Ini memang masalah. Bondabie nak kongsi sama dengan rakan-rakan n nak kongsi dengan sesiapa sahaja... rasanya kita tak payah malu nak cakap pasal bau badan nie. Cuba fikir...kalau kita cakap dengan orang lain tentang bau badan kawan kita nie boleh selesai ke masalah. Bukan baik jadinya, orang lain akan cakap dengan orang lain juga , masalah tidak selesai jugak. Memang perit nak cakap terus atau nak cakap telus dengan orang. Kita ada macam-macam cara, sama ada bagi hadiah secara sembunyi ( maksudnya bungkuslah pewanggi atau semburan contohnya,rexona ke...) letaklah atas meja kawan ke.... ATAU kalau berani ke cakap terus ke, tanya ke... guna pewanggi apa ya... rasanya kena cari yang lainla, mungkin pewanggi ni tidak sesuai dengan awak. Jika berlainan jantina kena lain juga cara menegur...
Sebagai guru, bonda tidak ada masalah untuk bercakap terus dengan anak-anak didik bonda. mereka tidak marah dengan bonda...mereka anggap teguran bonda macam teguran mama mereka.
Kasihan orang yang bermasalah... kadang-kadang orang yang berbau badanni tak tahu bau badan mereka kuat dan mengganggu orang lain. Sebagai suri rumah kadang-kadang terlupa nak beri keutamaan kepada diri, bonda harap dalam ruangan ini boleh kita kongsi dan bersama mencari idea untuk membaiki keadaan supaya semua orang selesa dan tidak ada yang kecil hati. Kita pun kadang-kadang kena tanya kawan kita, kuat ke bau badan kita. Atau tanya anak-anak atau tanya suami atau isteri kita.Jika ada idea boleh kita bincang sama...
aha...betul tu bonda bie..bertrue terang itu lbh baik dari mnyembunyikannya..supaya sesuatu perkara itu dpt diperbetulkan...
ReplyDeleteperkara sensitif kena tegur kena pada tempatnya, kalau tak kena belasah pulak...
ReplyDeleteibu,,follow lah kaklong punya blog :P
ReplyDelete